Kanak-kanak kritikal, seorang lagi selamat selepas hampir lemas di kolam renang kondo

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA kanak-kanak berusia tujuh tahun masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan hampir lemas selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kolam renang sebuah kondominium di Bayan Baru, Pulau Pinang, pagi semalam.

Kejadian itu menyebabkan salah seorang kanak-kanak itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Seorang lagi kanak-kanak pula dilaporkan telah sedar dan menerima rawatan lanjut di wad kanak-kanak Hospital Besar Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Menurut Anuwal, kedua-dua mangsa sedang bercuti bersama keluarga dan menginap di sebuah rumah inap di kondominium berkenaan sejak Jumaat lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengadu telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya memaklumkan bahawa anak perempuan pengadu bersama anak saudaranya telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi kolam renang tersebut.

Baca artikel lain: Lelaki ditemukan lemas selepas cuba redah banjir

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kolam renang itu terletak di tingkat 42 kondominium itu dan tiada petugas berada di lokasi semasa kejadian itu berlaku.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adik perempuan pengadu telah membawa kedua-dua mangsa ke kolam renang kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua mangsa telah berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih dalam siasatan

Mengulas lanjut, Anuwal berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Pantai Bayan Baru bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, pengadu didapati telah menginap di rumah inap itu sejak Jumaat dan dijangka pulang hari ini.

“Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sebarang unsur kecuaian atau salah laku mana-mana pihak yang terlibat.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak ketika berada di kawasan kolam renang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This