Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah – Polis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK polis mengesahkan sebuah ladang penternakan buaya di Penampang yang tular menerusi satu klip video berkaitan habitat reptilia itu, beroperasi secara sah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah diarah untuk menjalankan pemeriksaan di ladang berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati video tular itu dipercayai dirakam berhampiran ladang penternakan berkenaan.

Baca artikel lain: UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU-16 – Ahmad Zahid

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang sah, yang dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Sammy berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This