‘Terima kasih kerajaan!’, SARA bujang bantu ringankan beban, pastikan tiada rakyat tercicir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYALURAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada 3.1 juta rakyat Malaysia dalam kategori bujang mampu membantu meringankan beban komitmen dan kos sara hidup rakyat.

Bantuan tersebut yang diagihkan mulai hari ini itu juga disifatkan tepat pada masanya tatkala memasuki tahun baharu.

Bagi Zuladlan Zainal, 27, SARA secara bulanan itu sedikit sebanyak menjadi ‘penyelamat’ dalam menampung keperluan dirinya.

Menurut Zuladlan yang bekerja sebagai promoter, bantuan SARA itu membolehkannya membeli barang keperluan asas tanpa perlu menunggu bayaran gaji.

Dia bersyukur apabila kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap golongan bujang seperti dirinya.

“Kehidupan di ibu kota sememangnya mencabar apatah lagi kos sara hidup agak tinggi.

“Jadi penyaluran SARA membolehkan saya membeli barang keperluan lebih awal tanpa menunggu gaji.

“Duit gaji yang akan diterima pada penghujung bulan pula akan digunakan untuk melangsaikan komitmen lain. Terima kasih kerajaan!,” katanya kepada UtusanTV.

Sementara itu, pembantu kedai makan, Muhammad Syarifuddin Ya’afar, 27 turut menyambut baik inisiatif tersebut yang setidak-tidaknya membantu menjimatkan perbelanjaan dapur bulanan.

Baca artikel lain: 3.1 juta individu bujang terima bantuan SARA bulanan mulai hari ini

Katanya, golongan bujang sering disalah anggap seolah-olah tidak mempunyai komitmen berbanding golongan berkeluarga.

Pembantu kedai makan, Muhammad Syarifuddin Ya’afar, 27

Justeru, Muhammad Syarifuddin menyifatkan inisiatif berkenaan dapat dimanfaatkan bagi membantu ibu bapa membeli kelengkapan harian rumah.

“Saya sangat bersyukur dan berharap bantuan ini dapat diteruskan setiap tahun.

“Terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang prihatin kepada golongan bujang dan memastikan tiada rakyat tercicir,” katanya.

Seramai 3.1 juta rakyat Malaysia dalam kategori bujang menerima bantuan SARA bulanan mulai hari ini, sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Bantuan bulanan kepada golongan bujang itu juga bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pembangunan negara.

SARA untuk golongan bujang itu disalurkan kepada individu berusia antara 21 hingga 59 tahun yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Penerima bantuan SARA bulanan tergolong daripada individu yang telah lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

Mereka akan menerima RM50 sebulan, manakala penerima yang turut tersenarai dalam sistem eKasih akan menerima RM100 sebulan, menjadikan jumlah tahunan masing-masing RM600 dan RM1,200.

Program ini dilancarkan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This