DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat pihak yang cuba ‘meminang’ UMNO untuk menjalin hubungan politik.
Kenyataan Presiden UMNO itu sekaligus mengesahkan desas-desus terdapat beberapa usaha yang dilakukan parti tertentu untuk kembali menjalin kerjasama politik baru-baru ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kestabilan politik dalam tempoh 38 bulan pemerintahan Kerajaan Perpaduan itu adalah fasa untuk menentukan haluan politik UMNO dalam menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
“Saudara-saudari, memang ada tawaran yang terhidang, memang ada yang datang merisik, memang ada yang datang cuba-cuba meminang.
“Namun, sehingga ke hari ini, UMNO tetap melaksanakan amanah negara dan mendukung Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, hari ini.
Baca juga: ‘Buka pintu UMNO kepada individu masih sayang perjuangan’, Dr Akmal gesa pucuk pimpinan
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

