Terima kasih kerajaan senaraikan makanan sejuk beku di bawah inisiatif SARA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELUASAN kategori pembelian barangan di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang kini memasukkan makanan sejuk beku wajar disambut dengan gembira dalam kalangan penerima.

Selain beras, gula, tepung serta telur, makanan sejuk beku juga merupakan antara keperluan yang selama ini begitu dinanti-nantikan.

Berdasarkan pengalaman, acap kali juga penulis mengimbas kod bar produk sejuk beku di premis yang menjadi Rakan Niaga SARA bagi memenuhi permintaan anak-anak yang mahukan makanan tersebut.

Namun sering kali hampa apabila pengimbas menyatakan produk berkenaan tidak tersenarai di bawah kategori pembelian SARA.

Justeru, apabila Kementerian Kewangan memaklumkan penyenaraian tersebut ianya menjadi bukti bahawa kerajaan bersedia untuk membuat tambah baik sesuai dengan maklum balas rakyat.

Baca artikel lain: Kes Tembak Durian Tunggal: PDRM sedang tunggu laporan agensi berkaitan – KPN

Berdasarkan maklumat yang terdapat di aplikasi MyKasih, senarai makanan sejuk beku meliputi ayam, daging, ikan, makanan laut, sayuran sejuk beku, bebola daging termasuk makanan sedia dimakan.

Langkah itu juga meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli kepada 140,000 jenis barangan dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.2 bilion.

Selain itu, kerajaan juga menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kepada tujuh kilometer.

Terima kasih kerajaan, terima kasih Perdana Menteri, diharapkan bantuan seperti ini diteruskan demi kebaikan rakyat dalam menempuh liku kehidupan yang semakin mencabar.

Jika ada rezeki, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa produk lain untuk disenaraikan di bawah bantuan SARA sekali gus menyerlahkan lagi keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aminuddin umum DUN Negeri Sembilan bubar berkuat kuasa esok

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa esok. Katanya,...

More Articles Like This