Hairkunst lancar Hijabis Luxe, angkat standard kecantikan patuh syariah

Dari Penulis

Hairkunst, jenama salon profesional dalam industri kecantikan tempatan, terus mengorak langkah ke hadapan dengan pelancaran rasmi Hairkunst Hijabis Luxe, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi konsep salon muslimah premium di Malaysia.

Terletak strategik di Bandar Baru Bangi, pembukaan cawangan ini mencerminkan komitmen berterusan Hairkunst dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan rambut dan kecantikan bertaraf tinggi yang bukan sahaja menitikberatkan kualiti, malah selari dengan prinsip patuh syariah dan keperluan wanita Muslimah moden.

Menurut Pengasas Bersama Hairkunst, Bambang Soteto, penubuhan Hairkunst Hijabis Luxe lahir daripada kesedaran terhadap realiti yang dihadapi ramai wanita Muslimah yang sering berdepan dilema antara menjaga penampilan dan memelihara aurat.

“Masih ramai wanita terpaksa berkompromi apabila mendapatkan rawatan rambut kerana kekangan ruang, privasi dan kefahaman terhadap keperluan syariah. Justeru, Hairkunst Hijabis Luxe diwujudkan sebagai solusi menyeluruh yang menawarkan rawatan berkualiti tinggi dalam persekitaran tertutup sepenuhnya, selesa dan selamat,” jelasnya.

Sementara itu, rakan kongsi Hairkunst, Yuskiahniza Md Yusof, berkata salon ini direka khusus untuk wanita sahaja dengan penekanan terhadap privasi, ketenangan dan pengalaman eksklusif pelanggan.

Katanya, sehingga 95 peratus produk yang digunakan adalah berasaskan vegan, termasuk pewarna rambut vegan telus air, rawatan rambut organik, keratin, rebonding serta rawatan kulit kepala yang dipilih secara teliti.

“Setiap produk dan prosedur diteliti bagi memastikan ia bukan sahaja selamat dan berkesan, malah patuh syariah serta tidak menjejaskan keperluan ibadah wanita Muslimah,” ujarnya.

Bagi melengkapkan pengalaman pelanggan setaraf salon antarabangsa, Hairkunst Hijabis Luxe turut menggunakan peralatan profesional berjenama seperti Dyson dan GHD, selain menampilkan susun atur ruang yang eksklusif dan sofistikated.

Antara kemudahan premium yang disediakan termasuk ruang VIP, VIP manicure dan pedicure, perkhidmatan valet serta ruang menunggu khas berkonsepkan glass house untuk suami dan ahli keluarga, sekali gus mencerminkan pendekatan holistik terhadap keselesaan pelanggan.

Dari sudut pelaburan, Hairkunst telah memperuntukkan hampir RM700,000 bagi merealisasikan pembukaan cawangan ini. Pelaburan tersebut meliputi reka bentuk dalaman tertutup dan patuh syariah, kelengkapan profesional bertaraf premium, pemilihan produk vegan berkualiti tinggi serta pembangunan sistem operasi yang menyokong pengalaman pelanggan eksklusif.

Menurut pengurusan Hairkunst, merealisasikan konsep salon muslimah premium ini bukan sesuatu yang mudah. Antara cabaran yang dihadapi termasuk kos pelaburan awal yang tinggi bagi memastikan aspek privasi dan pematuhan syariah terjaga, selain keperluan melatih serta mengekalkan tenaga kerja wanita yang mahir, profesional dan memahami adab kerja salon muslimah.

Selain itu, Hairkunst turut berdepan cabaran dalam mendidik pasaran agar memahami nilai sebenar salon muslimah premium yang tidak berasaskan harga semata-mata, sebaliknya menekankan aspek keselamatan aurat, ketenangan, servis peribadi serta pemilihan produk yang patuh syariah dan berkualiti tinggi.

Pembukaan Hairkunst Hijabis Luxe bukan sekadar peluasan perniagaan, sebaliknya mencerminkan usaha jenama ini untuk memberi lebih pilihan dan keyakinan kepada wanita Muslimah, sambil memperkenalkan pengalaman salon yang selari dengan gaya hidup moden tanpa mengetepikan nilai agama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This