Lelaki pukul kanak-kanak guna rotan, baling kerusi dibebaskan dengan jaminan polis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai memukul anak saudaranya dengan menggunakan rotan dan membaling kerusi telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsudin, kertas siasatan berhubung kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, pihaknya akan merujuk kertas siasatan itu dalam minggu ini untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 38 tahun itu telah diberi jaminan polis.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Bapa saudara ditahan pukul kanak-kanak guna rotan, baling kerusi

Semalam, UtusanTV melaporkan lelaki berkenaan ditahan selepas dipercayai memukul anak saudaranya dengan menggunakan rotan dan membaling kerusi di sebuah rumah di PetalingJaya, baru-baru ini.

Insiden tersebut turut tular menerusi video berdurasi 35 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan dipukul menggunakan rotan dan dibaling dengan kerusi.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia antara lapan hingga 11 tahun itu dipercayai telah bertindak melawan neneknya yang juga ibu kepada suspek hingga membawa kepada kejadian tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This