Kerajaan sudah sediakan tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

USAHA pembangunan Masjid MADANI dan proses pemindahan kuil yang terlibat sedang dilaksanakan secara terancang berlandaskan undang-undang serta mengambil kira keharmonian antara agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, untuk itu kerajaan telah menyediakan tapak baharu bagi pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman atau lebih dikenali sebagai Kuil Jalan Masjid India.

“Seiring dengan itu, kerajaan sedang menyelaras pelaksanaan pemindahan kuil di peringkat operasi melibatkan semua agensi dan pihak berkaitan melalui mesyuarat penyelarasan yang akan diadakan pada 19 Januari 2026.

“Ini bagi memperincikan langkah dan penyelarasan pemindahan serta pembinaan.

Baca artikel lain: Sebar maklumat sulit ATM, MINDEF tak teragak ambil tindakan undang-undang

“Kerajaan akan meneruskan perbincangan secara rapat dan berkala dengan semua pihak khususnya selepas perayaan Thaipusam bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan teratur dan saling menghormati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau pada masa sama berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Sharif di atas kejayaan menyediakan tapak baharu untuk kuil ini.

“Penghargaan juga kepada YB Gobind Singh Deo, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dan Tan Sri Dr SA. Vigneswaran atas komitmen bersama membantu saya demi keharmonian di Kuala Lumpur.

“Pendekatan ini mencerminkan semangat pentadbiran Wilayah Persekutuan dalam mengurus perbezaan secara matang dan berhemah, saling menghormati serta kesediaan mendahulukan kepentingan bersama,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This