Suami imamkan solat, jenazah Nadia Kesuma dikebumi selepas Subuh di Jeddah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAZAH pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma yang meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi akan dikebumikan selepas solat Subuh waktu tempatan, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan suaminya, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan dalam hantaran di Facebook.

Menurut Muhammad Kamarul yang kini berada di Jeddah, jenazah Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah diuruskan untuk proses pengebumian.

“Jenazah Allahyarham sudah dimandikan oleh anak kami, Sarah dan kawan arwah.

“Jenazah juga sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, Alhamdulillah.

Baca artikel lain: ‘Pemergian Nadia Kesuma mengejutkan’, Nuh Travel jamin terus beri kerjasama penuh proses pengurusan

“Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh waktu Jeddah iaitu selepas pukul 5.44 pagi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Allahyarham Nadia Kesuma dilapor gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan Nadia yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Beliau dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung dan dibawa ke hosital pada hari sama Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This