Bermula 23 Februari sehingga 19 Mac 2026, ruang Warna All Day Dining di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie kembali semula dengan sajian Ramadan yang menampilkan warisan kulinari dari 9 daerah di Selangor.
Merupakan sebahagian daripada rangkaian jenama hospitaliti antarabangsa Accor, mereka kembali dengan Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Vol. 3, buffet Ramadan istimewa yang menghubungkan tetamu dengan inti pati setiap destinasi.
Menurut Puvan Abdullah, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Ramadan di Mercure bukan sekadar tentang menikmati juadah di bulan yang mulia, tetapi tentang mencipta momen kebersamaan di mana budaya tempatan dan hospitaliti dirasai dalam setiap perincian yang disediakan.
Sajian membawa tetamu menikmati juadah bufet berasaskan 9 daerah di Selangor, selari dengan tema Mercure yang membawa konsep sajian tradisi tempatan.

Bermula dengan pembuka selera dan salad yang disediakan dengan hasil tani bebas racun dari Klang, juga pelbagai variasi perencah klasik seperti sambal belacan, sambal tempoyak dan sambal kicap. Juga ada acar buah, kerabu pucuk paku dan rojak Klang.
Pelbagai kudapan juga disediakan seperti cucur rangup, karipap, cekodok manis, ubi getuk dan pelbagai keropok tempatan yang membangkitkan nostalgia.
Hidangan utama pula meriah dengan aneka masakan dan gerobok yang mewakili 9 daerah. Seperti Gombak yang tampil dengan satay ayam dan daging, punten Jawa dan sambal taun berkuah yang menjadi signature di sini. Bahagian Sabak Bernam muncul dengan Nasi Ambeng manakala Klang dengan hidangan Siakap Purbakala serta aneka hidangan seafood bakar.

Kuala Selangor hadir dengan aneka sup berempah dan soto Jawa. Daerah Petaling pula hadir dengan sentuhan moden melalui chicken shawarma wraps dan Hulu Langat menampilkan kambing salai dan ayam panggang.
Stesen Kuala Langat pula menyediakan mee kari, asam laksa dan char kway teow. Manakala Sepang menonjolkan gulai kawah daging beserta bubur lambuk. Dan akhir sekali, Hulu Selangor tampil dengan roti canai, roti John dan murtabak.
Selain itu, pelbagai lagi pilihan hidangan utama memberi variasi kepada tetamu. Ada nasi kukus, nasi jeera, ayam masak ros, daging masak lemak, ikan goreng masam manis, sambal kerang dan sayur-sayuran bermusim.

Penutup bufet pula diserikan dengan pencuci mulut seperti wadai kipeng, apam balik, kuih-muih, pelbagai bubur, cendol dan ABC bersama buah-buahan dan jajan.
“Sajian Darul Ehsan diinspirasikan oleh rasa yang kita kenali sejak kecil. Ia tentang menemui semula rasa yang familiar, tetapi istimewa untuk dikongsi bersama semasa Ramadan. Setiap hidangan disediakan menggunakan resipi yang mencerminkan identiti kulinari Selangor. Rasa ini bertujuan untuk dikongsi, membawa orang lebih dekat di meja makan,” ujar Chef Eksekutif, Zaharullail Ashari.
Paling penting, sajian Ramadan di sini disahkan HALAL oleh JAKIM. Jadi, anda boleh menikmati hidangan berbuka puasa tanpa rasa ragu.

Ramadan Bufet Sajian Darul Ehsan Vol.3 ditawarkan pada harga RM158+ (dewasa), RM98+ (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM68+ (kanak-kanak 7–11 tahun).
Bagi mereka yang mahu membuat tempahan awal, ada diskaun early bird hanya RM128+ untuk dewasa (sah sehingga 23 Februari 2026), Super Deal RM98+ (terhad kepada 500 baucar, sah sehingga 31 Januari 2026). Juga terdapat tawaran ‘beli 10 percuma 1’ untuk tempahan secara berkumpulan atau korporat.
Selain itu, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, turut memperkenalkan promosi ‘Staycation Ramadan’ untuk mereka yang mahu berbuka dan menginap di hotel ini. Harga bermula RM268+ satu bilik termasuk dengan iftar (untuk seorang). Tambahan RM30+ untuk sahur.
Tempahan boleh dibuat melalui talian WhatsApp +6011 36152889.


