Bufet Ramadan Banglo 289 – Sedap, Tak Kedekut dan Memang Puas Hati…!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Nak mencari bufet Ramadan yang benar-benar berbaloi dari segi rasa dan pelbagai pilihan makanan? Nah! di Banglo 289 segala-galanya ada. Bukan sekadar konsep! Malah tak kedekut langsung…

Dekorasi klasik, kemas dan selesa untuk menjamu selera.

Sejujurnya ini kali pertama, saya jejaki kaki ke restoran ini. Terpegun melihat deko yang cukup menarik susunan meja yang kemas, nampak klasik sudah tentunya membangkitkan selera untuk menjamu selera.

Pelbagai menu pilihan yang terdapat di ruang stesen makanan utama. Semuanya sedap-sedap belaka..!

Untuk Ramadan kali ini, restoran ini, tampil dengan konsep masakan kampung asli yang bukan sahaja unik, malah sukar ditandingi dari segi kualiti, kuantiti dan nilai yang sangat berbaloi. Bagi saya, bufet Ramadan Banglo 289 boleh dikatakan antara bufet Ramadan paling tak kedekut di Kuala Lumpur.

Bukan sekadar konsep… bufet Ramadan cita rasa kampung di Banglo 289.

Menu Kampung ‘Rare’ – Ikan Sungai & Daging Rusa Jadi Tarikan

Gulai tempoyak ikan patin antara hidangan ‘rare’ yang disajikan. Sedap tau…!

Paling istimewa, hidangan menu kampung yang disajikan lain dari yang lain. Mata tertumpu melihat hidangan ikan krai, ikan baung, patin sungai, daging rusa, udang mantis dan mentarang, rugi jika tidak merasainya. Hidangan ‘rare’ sebegini jarang-jarang dapat kita nikmati.

Kesegaran ikan dari Sungai Pahang bukan sahaja menyerlahkan rasa asli masakan, malah ikan-ikan ini sedikit pun tidak berbau hanyir, isinya lembut dan rasa semula jadi lemaknya, menyempurnakan rasa hidangan. Sukar sebenarnya untuk saya temui kualiti sebegini di bufet Ramadan lain.

Udang Galah Monster Refill Tanpa Had

Udang galah masak lemak pun ada…!

Suka makan udang galah? Sinilah tempatnya… udang galah bersaiz ‘monster’ ini akan dihidangkan tanpa had. Ia akan dihidangkan secara berterusan dan diisi semula sepanjang waktu berbuka. Baru saya tahu, kenapa Banglo 289 ini sering disebut sebagai bufet Ramadan paling berbaloi di KL. Ini kerana pilihan makanan yang ideal, premium dengan harga yang sangat berpatutan.

Masak Lemak Terbanyak dan Paling Sedap di KL

Ada lagi… variasi aneka masakan lemak, antara yang terbanyak dan tersedap di KL membuatkan saya rasa bagaikan ‘hilang kawalan’, mana satu yang nak dirasa dahulu. Masak lemak ayam kampung, ikan, daging salai, ketam dan siput sedut semuanya ada.

Hidangan pelbagai masakan lemak antara menu yang menjadi pilihan pengunjung. Kuahnya pekat dan lemak santannya terasa asli.

Saya pilih masak lemak siput sedut dan daging salai, kuahnya pekat, lemak santannya terasa asli yang sudah semestinya menggunakan santan perah. Ia bagai mengingatkan saya nostalgia berbuka di kampung di bulan Ramadan.

Pencuci Mulut Premium

Selesai hidangan utama, saya beralih ke pencuci mulut. Wow..! Aiskrim Baskin Robbins satu kelainan yang jarang ditawarkan di bufet Ramadan. Tetapi di Banglo 289 ada disajikan.

Kuih-muih yang ada antaranya kuih koci, kuih bom, apam pisang, cara pandan dan cucur badak.

Kuih muih tradisional, bubur dan pengat melengkapkan pengalaman berbuka saya. Terasa puas kerana semuanya ada di satu tempat, tanpa perlu singgah ke bazar Ramadan.

Pelbagai pilihan kuih-muih tradisional yang boleh dinikmati. Pilih aje yang mana suka…

Lokasi Mudah, Harga Sangat Berbaloi
Untuk Ramadan 2026, Banglo 289 boleh dikunjungi di tiga lokasi utama:

  • Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
  • Banglo 289, Elmina Lakeside Mall, Shah Alam
  • Banglo 289, IOI City Mall, Putrajaya

Harga tempahan awal serendah RM95 seorang, merupakan bufet Ramadan paling murah dan berbaloi di KL dan Lembah Klang.

Jika anda mencari bufet Ramadan masakan kampung, bufet Ramadan ikan sungai atau bufet Ramadan paling tak kedekut di Kuala Lumpur, pengalaman saya di Banglo 289 membuktikan inilah antara destinasi yang sukar ditandingi dari segi rasa, variasi dan nilai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This