Tiara Andini tak berani ungkapkan perasaan dalam Kupu-Kupu

Dari Penulis

PARA Mootiara (gelaran peminat Tiara Andini) sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi kesayangan mereka, Tiara Andini. 

Bukan tanpa alasan, baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang diberi judul Kupu-Kupu.

Single Kupu-Kupu ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop.  Kini Tiara memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa muzik tarian pop ala 80-an. Di lagu ini Tiara bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu-lagu hit masa kini di Indonesia. 

Dan, di single ini Laleilmanino bertindak sebagai penulis dan pencipta serta penerbit lagu. Lagu ini dikeluarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia, label yang menaungi Tiara selama ini.

“Saat pertama kali dengar lagu ini, saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar.

“Dan lagunya juga sangat rancak, apalagi ini ciptaan Laleilmanino, saya sangat suka bekerjasama dengan mereka,” ujar Tiara.

Untuk pengetahuan semua Kupu-Kupu merupakan lagu cinta yang menceritakan tentang dua orang yang sama-sama saling suka namun saling tidak berani menyampaikan perasaan cinta tersebut.

“Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan.

“Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” ungkap Tiara.

Sementara itu, dari sudut suara, seperti yang sudah disebutkan di atas, lagu ini menyajikan nuansa tarian pop 80-an yang sangat menyeronokkan, ceria, dan menyenangkan. Nada-nada yang ditampilkan juga mudah ditarikan.

Pelancaran Kupu-Kupu sangat dinantikan oleh para Mootiara kerana sebelum ia dikeluarkan lagi, Tiara sudah memberikan banyak pembayang bertemakan kupu-kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya.

Semuanya bermula saat Tiara mengganti Spotify Canvas ke-11lagu-lagunya dengan tema kupu-kupu hingga mengirimkan pesan kupu-kupu kepada penggemarnya di Instagram. 

Hal ini tentunya membuat para Mootiara sangat teruja, mengenangkan Tiara memang suka memberikan petunjuk atau hint tentang karya-karyanya.

Penampilan Dede Sunandar dalam video muzik 

Halalain yang menggembirakan ada dalam video muzik lagu ini. Kenapa? Kerana di video muzik ini ada penampilan salah satu pelawak Indonesia, Dede Sunandar. 

Dan, kehadiran Dede di video tersebut menambah keceriaan pada konsepnya.

Ini adalah hasil kerja A VSLZM Production bersama Michael Budihardjo yang bertindak sebagai sutradara. Konsep video muziknya sendiri dibuat dengan nuansa 80-an, vintage!

Penuh warna-warni, latar belakangnya juga diolah ceria begitu juga dengan tata busananya. Apalagi, di saat tarian Dede, Tiara,dan keempat-empat penari beraksi ria di lantai dansa.

“Saat perbincangan, saya begitu teruja dengan konsep video muziknya. Apalagi di sana juga ada Dede. Ternyata hasilnya sangat bagus dan sangat memuaskan,” ujar Tiara.

Dengan pelancaran Kupu-Kupu ini, Tiara berharap lagu ini menjadi tular, didengarkan banyak orang,dan dapat menjadi sesuatu yang segar untuk dinikmati baik buat para Mootiara serta penikmat muzik serantau.

“Menurut saya lagunya sangat enak, dan ceria untuk dinikmati, semoga ramai yang suka dan harap ia bakal didengari oleh banyak orang,” akhirinya.

Jadi, tidak ada alasan untuk tidak menjadikan lagu Kupu-Kupu sebagai lagu harian kalian yang boleh didengari sepanjang hari,kerana memang tidak membosankan dan sangat menyenangkan untuk dinikmati.

Single ini sudah tersedia di semua platform digital. Untuk video muziknya ia boleh ditonton di akaun rasmi YouTube milik Tiara Andini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This