PENENTUAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bagi memilih wakil rakyat baharu mewakili kawasan itu berlangsung hari ini.
Tirai proses pengundian mula dibuka dari pukul 7.30 pagi tadi hingga 5.30 petang ini.
Ia melibatkan 36 pusat mengundi yang mengandungi 117 tempat mengundi atau saluran.
Daripada 36 pusat mengundi itu, 25 pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat seawal pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.
Seramai 48,526 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baharu dalam PRK Parlimen Kinabatangan
Pada masa sama, seramai 13,703 pengundi pula menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu bagi Lamag.
Baca artikel lain: PRK Kinabatangan, Lamag berlangsung esok babit 48,526 pengundi
Parlimen Kinabatangan memiliki tiga DUN di bawahnya iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut dan proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag.
PRK Kinabatangan tiga penjuru, Lamag satu lawan satu
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).
DUN Lamag pula akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Kedua-dua PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada Warisan.
Bung Moktar turut melakar kemenangan dalam saingan lima penjuru di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah, 29 November lalu dengan memperoleh majoriti 153 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

