PENYANYI Amira Othman semua pihak dapat memberi ruang privasi susulan khabar angin dirinya kini sedang hamil.
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, sedar status sebagai selebriti akan menjadi ‘buruan’ dan perhatian orang ramai, namun buat sementara ini dia mahukan kehidupan peribadi tidak dikongsikan kepada umum.
“Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin, dah kahwin orang tanya pasal mengandung. Kalau ada waktu bersesuaian pasti saya akan kongsikan. Saya mohon sedikit privasi dan ruang.
“Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut.
“Insya-Allah benda baik kita kongsi tapi pastinya kita juga perlukan ruang dan kehidupan seperti orang lain. Tapi tiba masanya saya akan kongsikan.
“Meskipun menjadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain juga,” katanya kepada URTV.
Penyanyi Rasa & Takdir itu berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen raya Amber Eid’s Time For Love di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur, hari ini.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga tidak kisah apabila diasak dengan persoalan sama mengenai desas-desus sedang mengandung anak sulung.
“Bagi saya tak bolehlah nak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya dah jawab pun akan ditanya lagi.
“Sama macam kita buat siaran langsung TikTok walaupun dah jawab akan tanya lagi soalan yang sama.
“Bagi saya itu biasa, kalau kita tak nak orang tanya soalan begini mungkin kita tak patut berada dalam industri,” ujarnya.
Sebelum ini, spekulasi Amira hamil semakin kuat apabila tular video dirinya yang sedang menjayakan sesi penggambaran baju raya hingga ramai mendakwa kelihatan ‘baby bump’ di bahagian perutnya.
Malah, penyanyi Hati-Hati itu juga dikatakan mengalami simptom ibu mengandung selepas kerap dimasukkan ke wad sebelum ini.
Spekulasi turut tercetus apabila Fattah berkongsi khabar duka apabila Amira tidak dapat menyertainya ke Seoul berikutan isu kesihatan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.
Untul rekod, Amira dan Fattah bernikah pada 14 September 2025.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

