SEORANG pelakon lelaki terkenal yang direman selama tiga hari selepas disahkan positif dadah telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, pelakon lelaki itu dibebaskan sementara pihaknya melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurut Shazeli, pihaknya telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, sebelum ini.
“Kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan mendapat arahan untuk dilengkapkan lagi.
“Polis memberi jaminan kepada individu terbabit sementara kertas siasatan dilengkapkan,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Pada 29 Januari lalu, pelakon berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.
Individu tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Pelakon lelaki itu pernah ditahan sebelum ini
Untuk rekod, ini bukan kali pertama pelakon terbabit berdepan isu berkaitan dadah.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pernah mensabitkannya bersalah atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC.
Baca artikel lain: Pelakon lelaki popular ditahan reman bantu siasatan kes dadah
Namun, pelakon itu terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Shazeli memaklumkan, seramai 20 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian ‘call center’ atau pusat panggilan menerusi tiga serbuan berasingan di beberapa daerah di negeri ini antara 23 Januari hingga 28 Januari lalu.
Beliau berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 25 tahun sehingga 36 tahun, membabitkan 18 lelaki termasuk seorang warga tempatan dan dua perempuan.
Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Selangor bersama beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

