Isu Surau Taman Seraya: Lelaki didakwa ingkar perintah Sultan Selangor ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes ingkar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pelaksanaan solat Jumaat di Surau Taman Seraya, Ampang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan di kawasan Pandan Indah.

Menurut beliau, suspek warga tempatan itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi.

Shazeli berkata, pihak polis turut merampas sebuah komputer riba, satu telefon bimbit dan beberapa dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau menakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

“Siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu proses siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri Selangor,” katanya.

Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya, Ampang membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman dilaporkan berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu terbabit selain, dia meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik.

Terdahulu, Shazeli memaklumkan pihaknya telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabait dalam isu petisyen azan di sebuah surau di Ampang ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.

Beliau berkata, langkah strategik itu diambil susulan laporan polis yang diterima daripada penduduk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau di kawasan terbabit, berhubung satu petisyen yang dibangkitkan di taman perumahan berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This