Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengenengahkan Santapan Bangsawan, satu pengalaman juadah Ramadan berinspirasikan warisan yang mengangkat nilai kehalusan, tradisi dan kebersamaan menerusi sajian halal eksklusif sepanjang bulan Ramadan.
Ketua Kulinari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Chef Rossham Rusli berkata, Santapan Bangsawan merupakan satu penghormatan terhadap warisan kulinari tempatan yang dipersembahkan dengan teknik moden tanpa mengorbankan keaslian rasa.

“Santapan Bangsawan adalah perayaan terhadap warisan dan keistimewaan. Setiap hidangan disediakan dengan penuh rasa hormat terhadap resipi tradisional sambil menggabungkan teknik penyediaan yang lebih halus dan rasa autentik yang berani.
“Matlamat kami adalah untuk menampilkan keanggunan sajian Bangsawan dalam suasana yang selesa dan mesra untuk semua tetamu sepanjang Ramadan,” katanya.
Sementara itu, Raymond Ng, Penolong Pengurus Besar Eksekutif berkata, konsep Bangsawan melangkaui simbol diraja dan menzahirkan nilai kesantunan, maruah serta kekayaan budaya yang boleh dinikmati oleh semua.
“Bangsawan melambangkan kehalusan, martabat dan kekayaan budaya. Melalui Santapan Bangsawan, kami ingin menterjemahkan nilai ini ke dalam satu pengalaman menjamu selera yang inklusif. Ramadan adalah bulan penyatuan dan refleksi dan sebagai sebuah hotel, keterangkuman adalah teras kepada perkhidmatan kami,” katanya.

Berteraskan semangat Bangsawan, konsep ini diinspirasikan daripada golongan yang bukan sahaja dikaitkan dengan istana dan bangsawan, malah melambangkan keanggunan, martabat serta kekayaan budaya. Tradisi santapan golongan aristokrat ini diolah semula secara inklusif bagi membolehkan semua lapisan masyarakat menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Bufet Santapan Bangsawan menampilkan lebih 150 hidangan autentik yang meraikan kekayaan khazanah kulinari Malaysia, disediakan dengan penuh ketelitian dan kehalusan, selari dengan identiti hidangan bangsawan yang sarat nilai estetika dan rasa seimbang.


Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk Gulai Harum Rempah Istana, Ayam Goreng Lengkuas Seri Kencana, Raja Rasa Mi Kari Daun Kesum, Sup Kambing Pusaka Bangsawan, Sate Warisan Pujangga, serta Chicken Claypot Majesty.
Bufet ini turut menampilkan pilihan antarabangsa dan gabungan Timur-Barat seperti Emperor Steamboat, Belanga Maharaja, Oriental Palace BBQ Lamb, European Crown Cuisine, selain rangkaian pencuci mulut mewah Royal Indulgence Confectionery yang melengkapkan pengalaman menjamu selera.


Santapan Bangsawan ditawarkan dari 20 Februari hingga 17 Mac 2026, bermula jam 6 petang hingga 10 malam.
Harga bufet ditetapkan pada RM178 bersih bagi dewasa dan RM108 bersih bagi kanak-kanak, manakala promosi early bird ditawarkan pada harga RM138 bersih bagi dewasa sehingga 15 Februari 2026.
Bagi tempahan berkumpulan, beberapa pakej khas turut disediakan termasuk:
Pakej Emas – minimum 200 orang pada RM123 bersih seorang
Pakej Perak – minimum 50 orang pada RM130 bersih seorang
Pakej Gangsa – minimum 30 orang pada RM135 bersih seorang
Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi 011-2155 2582, e-mel [email protected] atau layari laman web rasmi di berjayahotel.com/offers/kualalumpur-santapanbangsawan.

