De.Wan 1958 By Chef Wan angkat martabat masakan Melayu, hidang menu warisan sempena Ramadan 2026

Dari Penulis

Restoran terkemuka De.Wan 1958 by Chef Wan mengangkat warisan masakan Melayu khas sempena bulan Ramadan, dengan menekankan keaslian rasa, kualiti bahan serta teknik penyediaan bertaraf tinggi.

Pengasas Chef Wan Group of Restaurants, Datuk Chef Wan berkata, sajian Ramadan bukan sekadar hidangan, sebaliknya medium yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang.

“Bagi Ramadan, makanan harus menyatukan semua. Ini adalah hidangan yang dekat di hati rakyat Malaysia. Di De.Wan, kami memastikan setiap sajian disediakan dengan teliti serta penuh rasa hormat terhadap tradisi.

“Saya mahu semua lapisan masyarakat dapat merasai pengalaman berbuka dengan warisan masakan Melayu yang sebenar,” katanya ketika ditemui di De.Wan 1958 di Bangsar Shopping Centre (BSC).

Majlis berkenaan turut dihadiri Andre Shum, Pengasas Bersama, serta Datuk Sri Kenneth Tan, Pengerusi Oasis Harvest Corporation Berhad.

Menu Ramadan 2026 yang diolah sendiri oleh Chef Wan menampilkan pelbagai hidangan buka puasa tradisional Malaysia yang sarat dengan elemen nostalgia dan kemeriahan, selari dengan identiti De.Wan yang menekankan kualiti serta kehalusan penyediaan.

Bagi tahun ini, menu Ramadan De.Wan memberi penekanan kepada stesen masakan secara langsung serta hidangan istimewa dari pelbagai negeri, antaranya Stesen Char Kuey Teow Pulau Pinang secara langsung, Udang Galah Kalio yang dimasak perlahan dengan rempah ratus aromatik, Stesen Lempeng Tradisional dengan pilihan manis dan savouri, Warung Tradisi dan Bakar-bakar yang menampilkan ayam percik, lamb shank opor hijau, aneka satay, lemang buluh, nasi ulam diraja, bubur lambuk serta pelbagai kuih-muih dan sambal tradisional.

Bagi memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan yang berbeza, De.Wan 1958 by Chef Wan memperkenalkan dua konsep sajian Ramadan bagi tahun 2026.

Konsep pertama ialah Bufet Malam Malaysia Ikonik yang ditawarkan di cawangan The LINC KL dan Bangsar Shopping Centre, dengan harga bermula RM148 bersih bagi pra-jualan sehingga RM198 bersih.

Sementara itu, konsep kedua ialah Dulang Semi-Bufet Malaysia Ikonik yang ditawarkan di The Exchange TRX, dengan harga bermula RM79 bersih bagi setiap dewasa. Konsep ini mengetengahkan pengalaman makan secara berkongsi yang lebih intim, disertakan pilihan hidangan semi-bufet.

Juadah Ramadan De.Wan 1958 by Chef Wan akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.dewan.space


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This