SEORANG pemuda maut selepas terlibat dengan kemalangan melibatkan treler di Jalan Kuala Lumpur menghala Ipoh berhampiran Taman Tasik Teratai dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ibrahim Husin berkata, dalam kejadian pukul 9.55 malam itu, pemuda berusia 25 tahun itu menunggang motosikal sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
Katanya, mangsa kemudian dilanggar treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari arah Kuantan menuju ke Kedah.
“Akibat dari kemalangan tersebut penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai makluman berkenaan kemalangan tampil membantu siasatan.
Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Pengiasat Trafik, Insp Nurul Anati Zulkifli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

