PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi atas kemenangan besar Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam Pilihan Raya Umum Jepun, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan mandat kukuh yang diperoleh Takaichi mencerminkan keyakinan terhadap visi kepimpinan Takaichi dalam memperbaharui ekonomi Jepun.
Selain itu, kata beliau, ia juga membuktikan keyakinan rakyat Jepun kepada keupayaannya menyuntik semangat kepada generasi pengundi baharu.
Pada masa sama, Anwar memaklumkan beliau menyambut baik komitmen Takaichi yang sebelum ini menyatakan kesediannya untuk ‘bekerja, bekerja, bekerja, bekerja dan bekerja’ demi Jepun.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Takaichi Sanae atas kemenangan besar LDP dalam Pilihan Raya Umum Jepun.
“Saya menantikan kerjasama erat dengan Perdana Menteri Takaichi bagi membawa Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Narendra Modi tiba di Malaysia disambut Anwar
Dalam pada itu, Anwar memberitahu, Takaichi sebelum ini pernah ke Malaysia menghadiri sidang kemuncak diterajui ASEAN pada Oktober 2025 iaitu hanya beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun.
“Sepanjang lawatan itu, Takaichi menunjukkan komitmen tinggi serta kesungguhan dalam membincangkan isu-isu penting yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara termasuk daya tahan ekonomi, peralihan hijau dan keselamatan maritim.
“Malaysia kekal komited untuk mengekalkan momentum kerjasama dalam bidang-bidang ini serta keutamaan penting yang lain,” katanya.
Gabungan parti pemerintah pimpinan Takaichi dilapor memenangi majoriti besar sekurang-kurangnya dua pertiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum Jepun, semalam.
Stesen penyiaran NHK melaporkan gabungan itu memenangi sekurang-kurangnya 310 daripada 465 kerusi parlimen yang dipertandingkan, berdasarkan tinjaun pengundi, laporan dari pusat pengiraan undi dan sumber-sumber lain.
Keputusan itu memberikan mandat yang kuat kepada perdana menteri wanita pertama Jepun tersebut untuk melaksanakan agenda konservatifnya serta mencorakkan hala tuju negara berpenduduk 123 juta orang bagi tempoh empat tahun akan datang.
Keputusan ini merupakan yang terbaik bagi Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak pilihan raya 2017 di bawah mentor Takaichi iaitu bekas perdana menteri Shinzo Abe yang telah mati dibunuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

