Pemeteraian 11 MoU dengan India kukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik – Ramanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJAYAAN memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) dan dokumen kerjasama dengan India mencerminkan keberkesanan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik utama di peringkat serantau dan global.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan pencapaian negara itu bukan sekadar angka.

Sebaliknya, kata beliau, ia membuka lembaran baharu kerjasama ekonomi dan politik antara Malaysia dengan India.

Menurut Ramanan, ia turut meningkatkan keyakinan global serta meneguhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik utama di rantau ASEAN.

“Kejayaan tersebut diperkukuh oleh prestasi perdagangan dua hala Malaysia-India yang mencecah RM79.49 bilion pada 2025, menjadikan Malaysia sebagai rakan dagang ketiga terbesar India di ASEAN.

“Prestasi ini mencerminkan hasil reformasi ekonomi, kestabilan politik serta dasar yang konsisten dalam menarik pelaburan langsung berkualiti tinggi ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ramanan memaklumkan, pencapaian itu juga selari dengan hala tuju kepimpinan Perdana Menteri yang menekankan diplomasi ekonomi berimpak tinggi, pelaburan berkualiti dan kerjasama strategik yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi serta pertukaran MoU dan dokumen yang disaksikan kedua-dua pemimpin itu telah memperkukuh keyakinan politik dan ekonomi India terhadap kestabilan Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Kerjasama dalam sektor semikonduktor melalui pemeteraian kerjasama strategik antara kedua-dua kerajaan merupakan isyarat jelas bahawa Malaysia terus dipercayai dalam rantaian nilai industri berteknologi tinggi dan berdaya saing,” katanya.

Baca artikel lain: Narendra Modi tiba di Malaysia disambut Anwar

Ramanan juga mengalu-alukan pertukaran MoU serta dokumen kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keselamatan sosial antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Employees’ State Insurance Corporation (ESIC) India.

“MoU merangkumi keselamatan, pengurusan bencana serta penjagaan kesihatan dijangka memberi impak langsung kepada pembangunan modal insan dan penciptaan peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.

Beliau yang juga menteri pengiring sepanjang lawatan Modi, berkata pemerkasaan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-India disokong oleh prestasi perdagangan dua hala yang kukuh, sekali gus menolak sebarang keraguan terhadap keupayaan kerajaan mengurus ekonomi dan memperkukuh kedudukan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

“Malaysia hari ini bukan sekadar rakan dagang, tetapi rakan strategik yang dipercayai dan diyakini,” katanya.

Modi berlepas pulang semalam selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas undangan Anwar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This