Gema Raya Putrajaya 2026 komited harga mampu milik menjelang Ramadan & Aidilfitri

Dari Penulis

WALAUPUN dianjurkan di lokasi ikonik bertaraf antarabangsa, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC menegaskan misinya bukan sekadar festival berprestij, sebaliknya sebuah acara rakyat yang memberi manfaat terus kepada golongan B40 dan M40.

Menurut penganjur merangkap Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal, penganjuran festival raya terbesar di puncak tertinggi Putrajaya itu komited menawarkan harga jualan berpatutan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Dia menepis tanggapan festival berkenaan hanya menyasarkan golongan T40 meskipun berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, yang sinonim sebagai lokasi eksklusif dengan fasiliti bertaraf dunia.

“Sebagai penganjur, kami memberi jaminan harga yang ditawarkan masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat. 

“Malah, peniaga di sini juga tidak terlalu mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya mengutamakan harga munasabah demi keberkatan,” katanya.

Gema Raya Putrajaya 2026@PICC melibatkan penyertaan hampir 300 vendor dan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung bermula 15 Februari ini selama 33 hari.

Tambah Rayme, kadar sewaan lot niaga yang tidak membebankan walaupun bagi tempoh 33 hari memberi ruang kepada peniaga menetapkan harga secara beretika tanpa perlu menaikkan harga secara keterlaluan untuk menampung kos sewaan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi Gema Raya Putrajaya 2026@PICC di PICC, yang turut menyaksikan pelancaran lagu tema festival berjudul Gema Raya, hasil ciptaan dan nyanyian Rayme sendiri.

Festival ini dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn Bhd dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. 

Menggabungkan elemen keusahawanan, seni budaya, teknologi, pengisian kerohanian dan kebajikan komuniti, festival ini melibatkan hampir 300 vendor dengan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung sepanjang 33 hari penganjuran.

Dalam masa sama, festival ini turut diperkukuh dengan barisan artis popular tanah air bertaraf gred A seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali, yang dijadualkan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.

Pengunjung bertuah Gema Raya Putrajaya 2026@PICC akan membawa pulang cabutan bertuah utama iaitu kereta Proton e.MAS 5 tajaan Proton

Turut memeriahkan acara ialah Bella Astillah, juara sulung Raise The Star Malaysia iaitu Didie Shazry, serta kumpulan Alpha.

“Selain pengisian kerohanian menerusi program Nur Ramadan yang melibatkan barisan agamawan terkenal, kehadiran artis-artis ini dijangka menjadi tarikan utama untuk pengunjung hadir membeli-belah dan mengimarahkan Ramadan serta Aidilfitri di Gema Raya Putrajaya,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This