Kedudukan FGV akan diperkukuh demi kelangsungan masa kini dan hadapan – Zahid

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan FGV Holdings Bhd (FGV) sebagai entiti yang membela rakyat pada masa kini dan hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut penting dalam memastikan ia menjadi institusi mampan, progresif dan pemangkin kemakmuran kepada generasi peneroka.

“FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan FELDA dan kesejahteraan warga peneroka.

“Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi nilai kepada rakyat.

Baca artikel lain: Tahun Baharu Cina mengingatkan tentang kemakmuran dan harapan – PM

“Insya-Allah, dengan komitmen bersama semua pihak, kita akan terus memperkukuh FGV sebagai institusi yang mampan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, Kuala Lumpur bagi bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi FGV.

Katanya lagi, lawatan ini memberi ruang untuk beliau melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran yang dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka.

“Ini bagi memastikan institusi penting ini terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This