RM5 juta diperuntuk perkasa kebolehpasaran graduan, tangani ketidakpadanan bakat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk melaksanakan usaha pemerkasaan kebolehpasaran graduan dan pencari kerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan, usaha tersebut akan melibatkan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Sehubungan itu, Ramanan memberitahu, sebanyak 400 institusi pengajian tinggi akan dilibatkan melalui inisiatif tersebut bermula April depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, inisiatif berkenaan akan turut memperkukuh peranan MyFutureJobs sebagai pemangkin pendigitalan dan inovasi teknologi dalam kalangan pelajar universiti.

Pada masa sama, Ramanan berkata, Kesuma juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam merencana hala tuju mahasiswa.

“Kita tidak mahu mahasiswa yang hanya meneroka masa depan mereka selepas tamat pengajian.

“Kita mahu graduan pilih kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Eksplorasi Kerjaya MYFutureJobs (MYCEC) di NU Sentral, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas mengenai ketidakpadanan bakat, Ramanan menyifatkan perkara itu sebagai cabaran serius kerana ketika ini seramai 1.96 juta rakyat Malaysia dilapor berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

Baca artikel lain: Gantung tugas pengurusan HRD Corp bukan pembersihan tapi penambahbaikan – Ramanan

Kata beliau, data daripada Laporan Tenaga Buruh Suku Keempat 2025 itu menunjukkan realiti membimbangkan walaupun kadar pengangguran negara kini adalah yang terbaik dalam tempoh 11 tahun iaitu 2.9 peratus.

“Ini bermakna secara purata satu daripada tiga graduan yang menamatkan pengajian di universiti hari ini bekerja dalam bidang tidak sejajar dengan kelayakan akademik mereka.

“Penjajaran bakat dengan keperluan industri mesti menjadi keutamaan nasional jika kita mahukan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan mobiliti sosial yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ramanan memberitahu, MYCEC memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan sistem visual interaktif untuk menyelaraskan semula potensi graduan dengan keperluan industri yang semakin mencabar.

Katnaya, pendekatan sedemikian selari perubahan zaman yang menuntut peralihan daripada kaedah konvensional semata-mata untuk menarik minat pencari kerja.

Pada majlis sama, Ramanan turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara PERKESO dan RHB Bank Berhad yang bakal memberi manfaat kepada 618,000 pengguna aktif Kad Debit-i MySiswa RHB melalui akses portal MYFutureJobs.

Beliau juga menyampaikan surat tawaran kerja kepada lima individu yang berjaya memperoleh pekerjaan dengan gaji RM5,000 ke atas melalui sistem MYFutureJobs, sebagai bukti keberkesanan inisiatif digital kementerian tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This