Malaysia perkukuh pengaruh pembentukan norma baharu perburuhan global

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA terus memperkukuh peranannya secara aktif dalam ekosistem tadbir urus perburuhan global melalui penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi ke-114 di Geneva, Switzerland.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan, Malaysia kekal konsisten dalam memperteguh kerangka, norma dan pendekatan baharu di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Menurut beliau, ia bagi mengurus transformasi dunia pekerjaan yang sedang berubah pantas didorong kemajuan teknologi, pendigitalan serta ketidaktentuan rantaian bekalan global.

Ramanan berkata, Malaysia turut memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi antarabangsa utama dalam memperhalusi agenda perlindungan sosial, keselamatan pekerjaan serta pembangunan hubungan industri.

“Agenda itu kini lebih tangkas, inklusif dan responsif terhadap perubahan struktur pasaran buruh.

“Penyertaan aktif negara di peringkat ini turut membuka lembaran bahar dalam Global Coalition for Social Justice sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam memperjuangkan agenda keadilan sosial, perlindungan pekerja dan pertumbuhan yang lebih inklusif di peringkat global,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, Malaysia telah menegaskan pendirian bahawa kemajuan teknologi perlu diseimbangkan dengan kerangka dasar yang jelas, tersusun dan berkesan sepanjang persidangan tersebut.

Katanya, ia bagi mengelakkan ketidakseimbangan baharu terhadap tenaga kerja.

Pada masa sama, beliau berkata, delegasi Malaysia terus memperkukuh pendekatan tripartite di semua peringkat sebagai asas kepada tadbir urus perburuhan yang stabil dan mampan.

“Selain itu, Malaysia turut mahu meningkatkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap kestabilan, kredibiliti dan kejelasan kerangka dasar perburuhan negara.

“Melalui platform antarabangsa ini, Malaysia turut berkongsi pengalaman pelaksanaan inisiatif domestik seperti Akta Pekerja Gig dan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 JAM) yang menjadi rujukan penting dalam perbincangan global.

“Ia berkaitan pengukuhan sistem perlindungan pekerja serta peningkatan standard perburuhan yang lebih progresif dan inklusif,” jelas beliau.

Ramanan berkata, Malaysia turut menegaskan keperluan kesiapsiagaan dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks yang memberikan tekanan terhadap pasaran buruh.

Beliau menjelaskan, penekanan itu diberikan kepada pengukuhan sistem perlindungan sosial, peningkatan kemahiran tenaga kerja serta penyelarasan dasar yang lebih responsif dan adaptif.

“Secara keseluruhan, penyertaan Malaysia di ILC ke-114 ini memperkukuh kedudukan negara sebagai suara yang konstruktif dan berpengaruh dalam pembentukan norma serta hala tuju baharu perburuhan global yang lebih mampan, adil dan progresif dalam mendepani cabaran masa hadapan,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This