Gantung tugas pengurusan HRD Corp bukan pembersihan tapi penambahbaikan – Ramanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGGANTUNGAN tugas beberapa anggota pengurusan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bukanlah satu ‘pembersihan’ besar-besaran.

Sebaliknya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan langkah tersebut merupakan proses penambahbaikan bagi memastikan tatakelola yang baik.

Beliau turut meminta ruang supaya siasatan itu dijalankan dengan telus sama ada berlaku salah laku atau pun tidak.

Menurut Ramaman, penstrukturan HRD Corp dijangka selesai secara total pada pertengahan atau akhir bulan Mac depan.

“Buat masa ini kita sedang buat penambahbaikan, kalau ada yang katakan ini pembersihan, itu tak betul.

“Kita sedang menambahbaik dan memastikan kita meletakkan individu serta instrumen yang tepat di tempatnya supaya tidak ada lagi berlaku apa-apa masalah selepas ini.

“Kalau kita lihat sebelum ini banyak isu telah disebutkan dan disiasat termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Jadi, kita perlu membuat beberapa perubahan untuk memperbetulkan semua ini dan dengan penukaran yang berlaku, saya yakin akan ada penambahbaikan dari segi tatakelola dan juga pengoperasian program-program di bawah HRD Corp,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Eksplorasi Kerjaya MYFutureJobs (MYCEC) yang pertama, hari ini.

Sementara itu, menjawab persoalan sama ada HRD Corp akan melantik individu termasuk ahli parti politik, Ramanan menjelaskan apa sahaja lantikan mesti berdasarkan kelayakan individu tersebut.

Baca artikel lain: Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif HRD Corp

Buat masa ini, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, HRD Corp telah melakukan beberapa pelantikan termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Itu antara individu yang diletakkan di tempat yang betul.

“Bagaimanapun, saya tak katakan kita tidak boleh melantik individu yang merupakan ahli parti atau yang ada kaitan politik.

“Jika seseorang itu layak dan mampu menjalankan tugas mengikut piawaian tata kelola dan peraturan HRD Corp, ia bukan satu isu.

“Buat masa ini, tiada (lantikan politik),” katanya.

Sabtu lalu, HRD Corp menggantung tugas tiga lagi anggota pengurusannya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan disiplin institusi dan memelihara keyakinan industri.

Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shamir Aziz memaklumkan, langkah itu menunjukkan komitmen organisasi tersebut untuk meningkatkan piawaian tadbir urus dan memastikan sumber pembangunan tenaga kerja negara ditadbir dengan telus, cekap dan berakauntabiliti.

Penggantungan terbaru itu berlaku kurang dua minggu selepas agensi itu menggantung tiga ahli pengurusan tertingginya susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This