Dakwaan pembalakan haram di Hutan Simpan Lentang tidak benar, tanah berstatus persendirian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN berlakunya aktiviti pembalakan haram agresif di Hutan Simpan Lentang, Bentong yang tular menerusi video di Facebook disahkan tidak benar.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam kenyataan memaklumkan, aktiviti pembalakan yang dipaparkan dalam video berkenaan merupakan aktiviti pembalakan yang dijalankan di atas tanah berstatus hak milik persendirian.

Menurut JPNP, tanah berkenaan terletak di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Katanya, pembalakan kawasan berkenaan dilaksanakan di atas lima lot tanah milik persendirian yang telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri bagi tujuan pembangunan projek pertanian.

“Projek tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan dan pengurusan tanah yang memberi manfaat kepada pemilik tanah serta pembangunan sektor pertanian setempat.

“Sehubungan dengan itu, kerja-kerja pembalakan di kawasan terbabit adalah sebahagian daripada proses penyediaan tapak bagi projek yang telah diluluskan secara sah dan bukannya aktiviti pembalakan dalam Hutan Simpan Lentang seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, JPNP memaklumkan hanya melaksanakan pelesenan bagi aktiviti memindahkan hasil hutan daripada tanah hak milik persendirian mengikut peruntukan Seksyen 40, Enakmen Perhutanan Negara (Negeri-Negeri Malaysia) Pemakaian 1986.

Jelasnya, tujuan pelesenan oleh pihak jabatan adalah untuk membuat kutipan cukai bagi memindahkan hasil hutan daripada tanah hak milik persendirian.

“JPNP sentiasa komited dalam memperkukuhkan peranannya dalam mengurus sumber hutan di negeri Pahang demi memastikan kelestarian hutan untuk terus dapat dinikmati generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video di Facebook mendakwa berlakunya aktiviti pembalakan agresif di Hutan Simpan Lentang.

Video berdurasi tiga minit 13 saat itu turut menyatakan kawasan pembalakan agresif tersebut juga merupakan kawasan tanah tinggi yang sensitif dan merupakan kawasan tadahan air berhampiran Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK) serta Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This