Agong, Permaisuri tunai solat Aidilfitri bersama 500 jemaah di Surau Utama Istana Negara

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara, hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri-menteri Kabinet, ketua perwakilan asing dan ketua-ketua Jabatan.

Imam Solat Sunat Aidilfitri dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh dengan
khutbah bertajuk ‘Syawal: Bangkit Dari Ujian, Bersatu Dalam Keimanan’.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersalaman dengan jemaah yang hadir selesai menunaikan solat disertai terdiri kira-kira 500 orang.

Selesai menunaikan solat, Seri Paduka Baginda berdua berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan dif kenamaan yang berlangsung Dewan Santapan Utama, Istana Negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This