Tujuh anggota bomba bantu pindahkan lelaki obesiti di Kota Damansara

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI tujuh anggota bomba berjaya membantu memindahkan seorang lelaki obesiti di Kota Damansara, semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung khidmat khas bantuan mangsa obesiti pada jam 12.13 tengah hari di Jalan Kenyalang 11/7B, Kota Damansara.

Jelas BBP Sungai Buloh, sebuah jentera LFRT bersama tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.23 tengah hari.

Menurut Komander Operasi, PBK I Shahrul Azlan Erahim, setibanya di lokasi didapati seorang lelaki dewasa berusia 39 tahun memerlukan bantuan untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba telah bertindak membantu mengangkat dan memindahkan mangsa dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak ambulans dari Thomson Hospital Kota Damansara untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.00 petang dan jentera bersama anggota kembali ke balai,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This