Anwar tiba di Doha hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Doha, Qatar bagi membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.

Anwar menerusi perkongsian di media sosial beliau turut menzahirkan harapan agar setiap urusan dan delegasi Malaysia dipermudahkan.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Doha, Qatar membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemucak Tergempar Arab-Islam.

“Mohon doa serta dukungan agar setiap urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, pesawat khas membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia).

Perdana Menteri menghadiri sidang kemuncak luar biasa itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan perkembangan terkini membabitkan serangan Israel terhadap negara itu.

Sejurus tiba Perdana Menteri menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri dan disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al Thani.

Turut hadir Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal Razali.

Delegasi Perdana Menteri disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar.

Terdahulu, pesawat membawa Anwar dan delegasi berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pada 7 malam waktu Malaysia.

Pada sidang kemuncak luar biasa itu, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bagi menegaskan pendirian tegas Malaysia bahawa keamanan serantau dan dunia terancam sekiranya Israel terus mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This