Lesen memandu tamat tempoh lebih 36 bulan tak layak nikmati BUDI95

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMEGANG lesen memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh melebihi 36 bulan tidak lagi layak menerima subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Justeru, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli mengingatkan orang ramai supaya memastikan status lesen memandu masing-masing sentiasa aktif.

Menurut beliau, lesen memandu yang diklasifikasikan aktif adalah lesen yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya.

“Dalam tempoh ini, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUDI95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan.

“Namun demikian, sekiranya lesen memandu telah tamat tempoh melebihi 36 bulan, pemegang lesen tersebut tidak lagi layak menerima subsidi BUDI95.

“Selain itu, pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan secara terus dan pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di mana-mana institut memandu,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Aedy Fadly menyeru semua pemegang lesen memandu agar sentiasa memastikan lesen mereka diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan lesen menjadi tidak aktif.

Katanya, tindakan itu penting bagi memastikan kelayakan berterusan untuk menerima subsidi BUDI95.

“Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana individu memandu kenderaan motor, lesen memandu yang dipegangnya hendaklah masih berkuatkuasa iaitu belum tamat tempoh.

“JPJ akan terus komited memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Semalam, kerajaan menyelaraskan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan bermula 1 April ini, namun masih mengekalkan harga subsidi RM1.99 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan had kelayakan ini tidak menjejaskan 90 peratus rakyat mengambil kita penggunaan kurang 200 liter sebulan.

Pada masa sama, Anwar menegaskan, had kelayakan siling bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter mengambil kira tanggungjawab pekerjaan mereka dan urusan yang mereka harus lakukan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This