Pemandu mabuk: Pihak berkuasa dicadang lakukan pemeriksaan pada waktu siang – Aktivis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK berkuasa dicadang melakukan pemeriksaan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol pada waktu siang bagi mengelakkan daripada sebarang kecelakaan tidak diingini berlaku.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, namun begitu semua perkara berkenaan berada di bawah kuasa pihak berwajib sama ada mahu melaksanakan pemeriksaan sedemikian berbanding pada waktu malam untuk kebiasaannya.

“Ini adalah sesuatu yang patut ditentukan oleh pihak berkuasa, sama ada nak buat (pemerikasaan) waktu malam atau siang. Itu adalah hak penguat kuasa, ia berkenaan undang-undang.

“Pada keseluruhannya saya harap orang ramai mesti sedar bahawa bagi sesiapa yang terlibat dengan minuman (keras) tidak patut memandu,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh pemandu Honda City yang didapati positif dadah dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan umur 20-an dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang telah dipandu dalam keadaan laju dan berbahaya.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pemandu tersebut dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran tersebut, katanya, mangsa seorang lelaki tempatan umur 30-an telah tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, beliau memandang serius berhubung kemalangan tersebut dan tindakan tegas wajar diambil ke atas pelaku yang juga didapati positif dadah.

Ujarnya, tindakan tegas penting dalam memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan sama demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penggguna jalan raya.

“Saya rasa berpatutan (pesalah) patut dipenjarakan secara wajib. Memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesalahan yang serius terutamanya kes-kes yang membabitkan kematian,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This