Siasatan berkaitan kes ARM giat dijalankan 

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kes ARM sedang giat dijalankan. 

Menurut SPRM, sehingga kini, 17 saksi telah dirakam percakapan, melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 

Jelas SPRM, agensi itu juga telah mengambil dokumen penting termasuk perjanjian dan dokumen sokongan, dan dijangka akan merakam percakapan lapan lagi saksi, termasuk individu yang berada di luar negara. 

“Dalam siasatan ini, Chai Jin Shern atau James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan. 

“Pada 4 Mac lau, SPRM telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan beliau. 

“Susulan itu, SPRM menerima surat daripada Tetuan beliau bertarikh 9 Mac yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan,” jelas SPRM dalam kenyataan.

SPRM menambah, pihaknya kemudian telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir.

Sehubungan itu, kata SPRM, agensi itu telah mengeluarkan surat pada hari ini yang menetapkan bahawa beliau perlu hadir dalam tempoh dua minggu, dan SPRM juga bersedia untuk menanggung kos penerbangan beliau pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan. 

“Sekiranya beliau masih gagal hadir setelah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali, Suruhanjaya ini akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama saluran antarabangsa termasuk INTERPOL atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi mengesan dan memastikan kehadiran beliau. 

“SPRM menegaskan bahawa semua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan wajib memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. 

“Sekiranya James Chai berpendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya adalah tampil memberi keterangan kepada SPRM, bukannya terus mengemukakan penjelasan di ruang awam tanpa menghadirkan diri kepada pihak berkuasa,” tegas SPRM.

SPRM menegaskan bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang, dan siasatan akan diteruskan secara profesional, bebas dan berasaskan bukti. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This