KTMB catat lonjakan penumpang mencecah 102% sempena Aidilfitri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkukuh peranan sebagai tulang belakang mobiliti rakyat selepas merekodkan lonjakan penumpang mencecah 102 peratus sepanjang musim sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan, pretasi memberangsangkan itu merangkumi perkhidmatan tren elektrik (ETS); perkhidmatan Intercity iaitu Ekspres Rakyat Timuran (ERT) dan tren Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) bagi tempoh 17 hingga 29 Mac.

Menurut KTMB, perkhidmatan ETS mencatatkan peningkatan 109 peratus pada kadar 292,033 penumpang berbanding sempena musim Aidilfitri tahun lalu.

KTMB menyifatkan lonjakan itu mencerminkan kepercayaan berterusan pengguna terhadap ETS sebagai pilihan utama bagi perjalanan jarak jauh yang lebih pantas, selesa dan efisien khususnya dalam menghadapi peningkatan trafik semasa musim perayaan.

“Sementara itu, perkhidmatan ERT pula mencatatkan jumlah penumpang seramai 20,969 berbanding 14,039 pada tahun 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 49 peratus.

“Tren ELA pula iaitu perkhidmatan tren khas sempena hari raya yang menggunakan koc terpilih bagi laluan Pantai Timur dan Utara merekodkan seramai 1,671 penumpang melalui enam perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, keupayaan operasi tahun ini diperkukuh melalui penggunaan sepenuhnya set tren ETS3 baharu yang meningkatkan kapasiti tempat duduk serta kecekapan operasi.

“KTMB juga memperkenalkan perkhidmatan EMU Plus khususnya bagi laluan KL Sentral – Ipoh, sekali gus membantu mengurangkan tekanan permintaan serta melancarkan aliran penumpang pada waktu puncak,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata sebanyak 314,673 tiket berjaya dijual sepanjang tempoh itu, bersamaan kadar 99.99 peratus.

“Ini menunjukkan tahap keyakinan tinggi terhadap perkhidmatan rel sebagai pilihan utama rakyat. Dari aspek operasi, prestasi ketepatan masa ETS meningkat kepada 95 peratus berbanding 94 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, KTMB terus memberi penekanan kepada pemantauan operasi masa nyata, penyelenggaraan aset dan langkah mitigasi bagi memastikan perkhidmatan kekal stabil ketika peningkatan pergerakan penumpang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This