Had umur 16 tahun lindungi remaja terdedah kepada rangsangan digital

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENETAPAN umur minimum 16 tahun bagi menggunakan media sosial penting bagi melindungi remaja daripada pendedahan awal kepada rangsangan digital.

Rangsangan digital yang terlalu awal kepada remaja di bawah umur 16 tahun itu boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan tingkah laku.

Dari sudut sains, Dekan Kulliyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial (KAUSAS) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof Datin Dr Sapora Sipon menyifatkan cadangan menetapkan had umur itu penting kerana pada tempoh tersebut otak seseorang remaja itu masih berkembang.

Beliau menjelaskan, ia berlaku khususnya di bahagian prefrontal cortex yang berfungsi dalam bentuk kawalan impuls.

Di samping itu, Dr Sapora berkata, remaja pada peringkat itu juga berada pada kedudukan membuat keputusan serta membuat penilaian yang mempunyai risiko.

Prof Datin Dr Sapora Sipon

“Sebaliknya, sistem limbik iaitu emosi dan ganjaran berkembang lebih awal.

“Ketidakseimbangan ini menyebabkan remaja lebih cenderung mencari keseronokan segera atau instant gratification.

“Di samping itu, remaja juga kurang keupayaan menilai risiko jangka panjang serta mudah terpengaruh dengan likes, komen serta validasi sosial,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut, Dr Sapora menyifatkan remaja pada usia yang lebih muda daripada 16 tahun secara signifikan lebih terdedah kepada risiko dalam talian.

Katanya, ini kerana kemahiran literasi digital masih rendah dan mudah mempercayai individu tidak dikenali.

“Selain itu, remaja yang lebih muda juga kurang keupayaan mengenal manipulasi seperti pengantunan atau scam.

“Remaja di bawah usia 16 tahun juga lebih mudah terkesan secara emosi terhadap buli siber.

“Walaupun usia 16 tahun ke atas juga berisiko tetapi mereka lazimnya mempunyai keupayaan regulasi diri yang lebih baik,” jelas beliau.

16 tahun fasa pertengahan remaja

Sementara itu, Dr Sapora berkata, tahap usia 16 tahun sering dijadikan penanda aras kerana berada pada fasa pertengahan remaja.

Individu pada usia tersebut, kata beliau, mula menunjukkan kematangan kognitif dan sosial yang lebih stabil berbanding awal remaja.

Jelasnya, secara sudut dasar global, banyak negara menetapkan had umur tersebut yang selari dengan garis pandungan perlindungan kanak-kanak dalam talian serta keperluan persetujuan seperti dalam peraturan data digital.

“Selain itu, pada usia ini, remaja lebih berupaya memahami risiko keselamatan dalam talian, malah lebih berupaya membuat pertimbangan sosial yang lebih rasional.

“Antara faktor lain ialah pada umur ini, remaja lebih dapat mengawal tingkah laku impulsif berbanding usia lebih muda.

“Namun begitu, had ini bukanlah mutlak tetapi lebih kepada garis panduan perlindungan minimum berdasarkan norma perkembangan dan polisi antarabangsa,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This