DEMAM festival muzik air kian terasa! Menjelang penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 yang bakal menggegarkan Bukit Bintang bermula 30 April ini, isu penginapan dan kesesakan lalu lintas pastinya menjadi kerisauan utama para festival-goers.
Memahami dilema tersebut, platform tempahan hotel kebanggaan Malaysia, JOMHOTEL.COM, telah dilantik sebagai rakan penginapan rasmi bagi memudahkan pengunjung menikmati festival tanpa perlu memikirkan perjalanan pulang yang memenatkan.
Festival berskala nasional ini merupakan anjuran The Fame dengan sokongan penuh Tourism Malaysia, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab hiburan muzik air utama di rantau ini.
Berbeza dengan platform tempahan antarabangsa yang lain, JOMHOTEL.COM tampil dengan keunikan tersendiri menerusi konsep same-day stay.
Pengguna hanya perlu membuat tempahan pada hari yang sama untuk menikmati kadar harga yang jauh lebih rendah dan kompetitif.

Sebagai contoh, jika anda merancang untuk “berparti” pada malam pembukaan 30 April, anda hanya perlu melakukan tempahan pada tarikh tersebut untuk mendapatkan harga terbaik.
Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan poket, malah sangat praktikal buat mereka yang membuat keputusan saat akhir untuk menginap di tengah ibu kota.
Pihak pengurusan menjelaskan inisiatif ini diambil bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengunjung memandangkan beberapa laluan utama di sekitar Bukit Bintang dijangka ditutup sepanjang acara berlangsung.
“Kerjasama kami bersama The Fame dan Tourism Malaysia adalah satu langkah strategik untuk merancakkan pelancongan domestik.
“Dengan kekangan trafik yang bakal berlaku, kami mahu pengunjung mempunyai akses mudah kepada penginapan yang selesa tanpa perlu bimbang tentang kos yang tinggi,” jelas wakil JOMHOTEL.COM.
Sebagai platform yang 100 peratus milik Malaysia, mereka komited untuk memberikan nilai tambah kepada rakyat tempatan.
Selain menawarkan harga “harga kawan-kawan” untuk festival ini, orang ramai juga digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli bagi menikmati pelbagai diskaun eksklusif sepanjang tahun.
Menurut kenyataan media mereka, sokongan daripada agensi kerajaan dan penganjur swasta sangat dihargai dalam memastikan sektor pelancongan terus dinamik menerusi acara hiburan bertaraf dunia sebegini.
“Kami sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjayakan Rain Rave Water Music Festival 2026. Fokus kami adalah memastikan setiap pengunjung pulang dengan memori indah tanpa terbeban dengan urusan logistik dan penginapan yang merumitkan,” tambah kenyataan itu lagi.
Bagi anda yang bakal membanjiri Bukit Bintang untuk Rain Rave dari 30 April hingga 2 Mei ini, jangan lupa untuk menyemak senarai hotel pilihan anda di www.jomhotel.com untuk mendapatkan tawaran penginapan terbaik secara terus.
Ingat, tempah hari ini untuk menginap hari ini, dan nikmati festival muzik air paling gempak tahun ini tanpa gangguan!

