PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan berlangsung di Tanah Merah, Kelantan, esok.
Pengesahan kehadiran Menteri Besar Terengganu itu diumumkan RESET Malaysia dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Kehadiran Naib Presiden Pas ke Konvensyen RESET itu mengikuti jejak langkah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bakal merasmikan program tersebut.
“Ahmad Samsuri mengesahkan kehadiran ke Konvensyen RESET Malaysia, esok 13 Jun (Sabtu) yang bakal dirasmikan oleh Abdul Hadi, Presiden Pas,” menurut hantaran tersebut.
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman mengumumkan Abdul Hadi akan hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan, esok.
Menurut Mohd Syahir, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah menerima undangan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan bersetuju untuk hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia itu.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

