TEKA-TEKI siapa pemimpin yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setakat ini masih lagi belum terjawab.
Bagaimanapun, timbul spekulasi Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan antara calon yang tersenarai bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.
Spekulasi itu semakin kuat diperkatakan selepas Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman memuatnaik gambar pertemuan antara Ahmad Samsuri dengan Muhyiddin, hari ini.
Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan di kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Mohd Syahir turut menyertakan status ringkas ‘Alhamdulillah, insya-Allah’ dalam muat naik berkenaan.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa parti itu bakal menerajui kepemimpinan PN bagi menggantikan Muhyiddin.
Baca artikel lain: Pas ambil alih kepimpinan PN, calon Pengerusi ditentukan minggu depan
Menurut Abdul Hadi, calon yang akan diketengahkan Pas itu akan diputuskan seawal minggu ini.
Minggu lalu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lima tahun menerajui gabungan itu, susulan krisis politik di Perlis.
Susulan tindakan beliau, empat pemimpin kanan PN turut mengumumkan peletakan jawatan mereka, termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Pengerusi PN Selangor.
Selain itu, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

