PN bincang agihan kerusi PRN Johor hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan membincangkan perihal pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam satu mesyuarat khas, hari ini.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau, setiap parti komponen PN akan menghantar dua wakil dalam rundingan kerusi tersebut.

“Mesyuarat bersetuju memuktamadkan agihan kerusi melalui jawatankuasa rundingan kerusi dalam tempoh segera.

“Saya dimaklumkan telah mendapat persetujuan ahli-ahli mesyuarat yang dipilih untuk mewakili parti bagi rundingan kerusi ini akan bermesyuarat esok.

“Insya-Allah, ia dapat diselesaikan sebelum kita menghadapi proses penamaan calon pada hari Sabtu nanti,” katanya dalam sidang meda malam tadi.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, menjelaskan dua parti anggota PN baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) tidak terbabit dalam rundingan itu.

Ditanya mengenai isu penggunaan logo PN pada PRN akan datang, Ahmad Samsuri memberitahu, ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This