Parti Cinta Malaysia, Pejuang diterima sertai Perikatan Nasional

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menjadi dua parti politik baharu yang diterima sebagai anggota Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Tergempar PN yang berlangsung di Pejabat Agung Pas, malam tadi.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mesyuarat yang dihadiri kesemua parti komponen PN termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berlangsung dalam suasana harmoni.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat berkenaan tidak membuat sebarang keputusan berhubung status Bersatu dalam PN.

“Berhubung keanggotaan PN, mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti politik untuk menjadi anggota PN yang baharu.

“Mesyuarat menerima permohonan dan meluluskan kemasukan Pejuang serta Parti Cinta Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Ditanya sama ada mesyuarat membincangkan Parti Wawasan Negara, Ahmad Samsuri berkata perkara itu tidak dibincangkan.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga pengasas Gerakan RESET mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara.

Hamzah dilantik sebagai Presiden manakala tokoh politik veteran yang juga bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim mengisi jawatan Pengerusi Parti Wawasan Negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang,...

More Articles Like This