Nabila Huda usik Alyah sebagai ‘Adun Genting’, rupanya itu pesanan Azizul Khamis

Dari Penulis

Sikap ramah dan sentiasa murah dengan senyuman yang dimiliki penyanyi terkenal, Datin Alyah, rupa-rupanya bukan hadir secara kebetulan, sebaliknya hasil didikan insan yang banyak membimbing perjalanan awal karier seninya iaitu bapa saudaranya, penyanyi popular, Datuk Azizul Khamis.

Menurut Alyah, antara pesanan yang paling diingatinya sehingga hari ini ialah supaya sentiasa memberi senyuman dan menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau kedudukan dalam industri hiburan.

Pesanan tersebut bukan sahaja menjadi pegangan hidupnya, malah pernah mencetuskan satu kenangan lucu sehingga beliau diberikan gelaran ‘Adun Genting’ (wakil rakyat) oleh rakan-rakan artis.

Alyah bersama Azizul Khamis
Alyah bersama teman-teman rapat meraikan hari jadi Azizul Khamis di Hotel Tenera, Bangi

Digelar ‘Adun Genting’

Mengimbau kisah tersebut, Alyah berkata ia berlaku ketika malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung di Genting Highlands suatu ketika dahulu.

Ketika itu, Alyah merupakan antara artis terakhir membuat persembahan sebelum acara berakhir.

“Selesai sahaja persembahan, saya perlu menaiki bas yang membawa artis-artis ke majlis post party. 

“Masa saya naik bas tu, ramai artis dah berada di dalam dan menunggu untuk bergerak.

“Saya masuk sahaja dalam bas, saya beri salam dan bersalaman dengan semua yang ada di situ seorang demi seorang,” katanya sambil ketawa mengenang peristiwa tersebut.

Tidak lama kemudian, pelakon popular, Nabila Huda yang berada dalam bas berkenaan secara berseloroh menyebut, “Adun Genting dah sampai!”

Nabila Huda (kanan)
Alyah tidak lupa pesanan Azizul Khamis

Pesanan Azizul Khamis

Gelaran itu tercetus kerana Alyah terkenal dengan sikapnya yang sentiasa menyapa, bersalaman dan beramah mesra dengan semua orang setiap kali menghadiri acara hiburan.

“Bagi saya, apa yang saya buat itu sebenarnya cuma mengamalkan pesanan bapa saudara saya, Datuk Azizul Khamis.

“Beliau selalu pesan, kalau nak berada lama dalam industri, senyumlah kepada semua orang. Hormati semua orang dan jangan pilih kasih,” katanya.

Menurut Alyah lagi, Datuk Azizul bukan sekadar bapa saudara, malah merupakan individu yang banyak membentuk dirinya ketika mula-mula melangkah ke dunia seni.

Selain memberikan sokongan, beliau turut mendidik Alyah mengenai disiplin, etika serta cara bergaul dengan masyarakat dan penggiat seni.

“Beliau banyak ajar saya bagaimana nak jadi penyanyi yang baik, bukan sekadar menyanyi di atas pentas tetapi juga bagaimana membawa diri di luar pentas.

“Saya sentiasa ingat pesan-pesan beliau sampai hari ini,” ujarnya.


Ternyata, sikap mesra yang diamalkan Alyah sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan bukan sahaja membuatkan beliau disenangi ramai, malah meninggalkan kenangan manis dalam kalangan rakan artis.

Tidak hairanlah gelaran ‘Adun Genting’ yang diberikan secara bergurau itu masih menjadi antara memori paling lucu dan bermakna dalam perjalanan seni Datin Alyah sehingga ke hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This