Papagomo dikenakan injunksi interim atas sebaran kandungan mudarat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah injunksi interim ex-parte terhadap seorang individu bernama Wan Muhamad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo.

Perintah injunksi interim itu dikeluarkan terhadap Papagomo menerusi satu tindakan sivil yang dimulakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Melalui perintah itu, MCMC dalam kenyataan memaklumkan, mahkamah telah menghalang Wan Muhammad Azri daripada menerbitkan sebarang pernyataan berunsur fitnah terhadap MCMC.

Pada masa sama, MCMC berkata, mahkamah juga menghalang Wan Muhammad Azri menghentikan serta-merta penerbitan dan penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian melalui media sosial.

“Mahkamah juga menetapkan bahawa individu tersebut tidak boleh menggunakan mana-mana platform media sosial untuk menyebarkan kandungan yang palsu, mengelirukan atau memudaratkan sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu.

“Perintah injunksi interim ini akan terus berkuat kuasa sehingga pendengaran inter-partes atau arahan lanjut oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, tindakan injunksi interim itu susulan Notis Tuntutan yang telah dikeluarkan oleh MCMC kepada Wan Muhammad Azri pada 9 April lalu.

Katanya, ia berhubung penerbitan kandungan palsu yang menuduh MCMC menyekat laporan berita MalaysiaGazette.

“Selain itu, Wan Muhammad Azri juga didapati berulang kali menggunakan akaun media sosial untuk menyebarkan kandungan yang memudaratkan dalam talian.

“Perintah injunksi interim dan tindakan sivil ini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada yang memberi fokus kepada kandungan dalam talian yang boleh menjejaskan kepentingan awam, menggugat keharmonian masyarakat serta menghakis keyakinan terhadap institusi awam,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This