PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berdepan cabaran sengit dua pesaing bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Mohd Hairi disahkan bakal menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada 11 Julai nanti.
PH meletakkan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat bagi merampas semula kerusi tersebut.
Sementara itu, Bersama pula meletakkan Norsinah Abu.
Pada PRN 2022, Mohd Hairi berjaya memenangi kerusi DUN Larkin dengan majoriti 6,178 undi dalam saingan enam penjuru.
Beliau yang juga EXCO Kerajaan Negeri Johor dan Naib Ketua Pemuda UMNO itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN); PH; MUDA; Pejuang dan calon Bebas.
Sementara itu, saingan tiga penjuru juga bakal berlaku di kerusi DUN Semerah antara PN, PH dan BN.
Penyandang kerusi DUN itu, Mohd Fared Mohd Khalid akan ditentang oleh Halim Kepol yang mewakili PN dan Mohd Khuzzan Abu Bakar dari PH.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

