KPKT pulihkan 1,399 projek perumahan swasta sakit, terbengekalai

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan sebanyak 1,399 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia melibatkan 167,423 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mencecah RM133.78 bilion.

Katanya, pencapaian itu adalah hasil kerjasama strategik serta pemantauan berterusan menerusi Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) bersama Pihak Berkuasa Tempatan, agensi teknikal, agensi penyedia utiliti dan pihak pemaju.

“Sehingga 31 Disember 2025, jumlah projek perumahan terbengkalai menunjukkan trend penurunan, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan intervensi bersasar yang dilaksanakan oleh KPKT bagi memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli,” katanya dalam sidang media.

Baca juga: KPKT komited rancakkan ekonomi rakyat menerusi program MyKiosk

Beliau menambah, KPKT akan terus memperkukuh mekanisme pemantauan dan intervensi awal bagi mencapai sasaran sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030.

Katanya, ia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kebajikan serta kepentingan rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This