Sudah usaha ikat 4WD, tapi 9 penumpang gagal diselamat

Dari Penulis

KUCHING – Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam sungai itu dan mengorbankan sembilan nyawa yang berada di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, 4WD jenis Ford Ranger yang dipandu oleh seorang wanita, Ronany Ting, 33, itu dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Kuching menggunakan Jalan Beladin-Meludam.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu gagal mengawal pergerakan kenderaan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan menggelongsor jatuh ke dalam (Sungai) Batang Lupar,” katanya seperti dilapor Bernama.com.

Menurutnya, orang ramai yang berada di kawasan jeti itu sempat mengikat kenderaan berkenaan dengan rantai besi dan menariknya bagi menghalang 4WD tersebut tenggelam sebelum bertindak mengeluarkan kesemua mangsa.

“Siasatan punca kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (Sri Aman). Kesemua mayat dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat,” katanya.

Orang ramai berusaha memberi bantuan awal menyelamatkan mangsa dalam tragedi petang semalam.

Selain Ronany, tragedi kira-kira 3 petang itu turut mengorbankan lapan lagi penumpang iaitu Siti Aisha Abdullah, 36; tiga remaja yang dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16 (perempuan); Khairunnisa Muhamad, 14 (perempuan); Alvin Phang, 12 (lelaki) dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7 dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5.

Tragedi itu turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Katanya wakil beliau juga telah bertemu dengan anggota keluarga mangsa.

“Saya berharap semua pengguna Feri Triso berhati-hati dalam perjalanan, terutamanya yang dalam perjalanan jauh dan sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan keluarga anda,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

Dr James Masing meninjau lokasi kejadian pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing pagi ini meninjau lokasi insiden pikap terjatuh di jeti feri Triso semalam yang mengorbankan sembilan nyawa termasuk bayi empat bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This