Bukan semua minyak rambut punya fungsi yang sama. Ini fakta wajib anda tahu.

0
32

Secara umumnya setiap jenis rambut memerlukan vitamin dan khasiat yang sesuai dan berbeza mengikut jenis rambut. Namun ramai yang salah faham dan semberono menggunakannya sehingga mendatangkan masalah di kemudian hari. Bak kata pepatah, ‘rambut sama hitam, minyak rambut lain-lain’. Ini fakta yang wajib anda tahu sebelum memilih minyak rambut.

Argan oil. Baik untuk rambut frizzy.

Dianggap sebagai emas bagi masyarakat pribumi Morocco, argan oil cukup kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Ia mampu melembutkan dan menyinarkan rambut yang kering, kasar dan tidak terurus.

Coconut oil. Sesuai untuk semua jenis rambut.

Dikenali sebagai minyak multitasking, coconut oil atau minyak kelapa sesuai digunakan untuk semua jenis rambut walaupun rambut berminyak bagi mengembalikan dan menyuburkan kulit kepala. Padat dengan karbohidrat, vitamin dan mineral, minyak kelapa membantu membina semula anak rambut menjadikan rambut kembali lebat.

Macadamia oil. Baik untuk rambut rosak.

Minyak yang terhasil daripada kekacang terutamanya kacang macadamia sangat kaya dengan sifatnya yang melembap. Gunakan minyak ini setiap hari sebagai mask untuk rambut yang rosak bagi mengekalkan kelembapan rambut akibat penggunaan pelbagai produk dan penggayaan rambut.

Kalahari melon seed oil. Baik untuk kulit sensitif.

Tinggi dengan khasiat omega dan asid lemak yang terkenal untuk pertumbuhan rambut, protein dan vitamin C, B2 dan G, kalahari melon seed oil sangat bagus untuk memperbaiki kulit terutamanya bagi mereka yang punya kulit kepala sensitif. Jika anda menderita akibat penyakit kulit seperti psoriasis atau sering gatal akibat penggunaan produk kecantikan, inilah minyak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Almond oil. Baik untuk kelemumur.

Biarpun ia merupakan minyak paling ringan dikalangan kekacang, minyak badam kaya dengan pelbagai kebaikan. Selain mengandungi antioksidan, vitamin E, asid lemak dan protein, ia juga tinggi dengan magnesium yang mampu membantu menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan kerosakan rambut. Jika anda mengalami kegatalan kulit kepala, cuba urut dengan minyak badam ketika mencuci rambut. Ia bertindak mengurangkan keradangan, kemerahan dan kelemumur.

Baobab oil. Baik untuk pertumbuhan rambut.

Kaya dengan vitamin, ia juga tinggi khasiat asid lemak yang diperlukan untuk proses penghidratan. Malah ia kaya dengan vitamin A, D, E dan F di mana gabungan ini mampu meningkatkan keanjalan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu menjadikan rambut lebih cepat tumbuh.

Marula oil. Baik ketika bercuti.

Jika anda tidak sukakan bau minyak kekacang, apa kata cuba minyak marula kerana ia berbau buah-buahan. Kaya dengan kandungan vitamin C, ia baik untuk semua jenis rambut. Justeru ia menjadi pilihan ramai orang ketika bercuti untuk mengelakkan rambut kering daripada pancaran matahari.

Abyssinian oil. Sesuai untuk rambut halus.

Juga dikenali sebagai organic crambee seed oil, abyssinian oil membantu hidrasi. Teksturnya yang ringan menjadikan ia pilihan mereka yang mempunyai rambut halus dan berminyak. Struktur minyak ini juga antara minya yang paling tahan panas dan oleh itu ia sangat sesuai digunakan bersama produk penggayaan.

Foto : Google