Penulis dan Perunding Kewangan dan Perlindungan AIA, Akhtar Syamir berkongsi bagaimana skala perbelanjaannya berubah 360 darjah tatkala dia mengubah tangga kedudukan kewangan.

Sebelum ini, gaji bulanan yang diperoleh akan digunakan untuk membayar komitmen dan andai ada baki pun, cukup-cukup untuk belanja harian. Nafkah isteri? Terpaksa diketepikan.

Lebih malang,  perbelanjaan setiap bulan sentiasa tidak cukup, seperti banyak perkara yang tidak selesai. Sehinggalah dia tersentak dan menyedari selama ini rupanya dia tersilap percaturan dalam berbelanja.

Jelasnya sedangkan pembantu rumah pun dibayar gaji, inikan pula isteri yang lebih banyak berkorban dan ‘terkorban’ dalam melaksanakan amanahnya sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

Kedudukan kewangan mula berubah dan isteri diletakkan di tangga teratas dan disusuli dengan komitmen bulanan yang lain. Cukup ajaib, semuanya berjalan lebih lancar. Kongsinya isteri perlu ada kuasa untuk membeli apa sahaja yang diinginkan, bukannya setiap masa perlu melalui suami.

“Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.

“Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.

“Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu. Cukup pulak. Magik sungguh.

“Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.

“Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.

“Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?

“Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.

“Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.

“Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri. Kalau masih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu. Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya. In Shaa Allah.

“Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.

“Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.

“Kalau berat hati nak bagi tunai, bagilah dalam bentuk Hibah. Hubungi saya untuk realisasikan Hibah buat yang tersayang. Sebulan lima puluh ringgit je pun ada.

https://hibahohsem.wasap.my

“Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir dan isteri Nora Azni. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.

“Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. Anda juga boleh berbual, bertanya pendapat dan berkongsi masalah atau apa-apa pun asalkan tidak berkenaan Poligami dan Politik,” kongsinya.

Sumber : Facebook Akhtar Syamir