ADUN Nenggiri positif COVID-19, Ku Li antara kontak rapat

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri di Gua Musang, Ab Aziz Yusoff disahkan positif COVID-19.

Berdasarkan hantaran beliau di Facebook miliknya tadi, Ab Aziz yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang memaklumkan beliau kini dimasukkan ke Hospital Kuala Krai.

Menerusi media sosial beliau, Ab Aziz pada Khamis memuat naik gambarnya menghadiri satu taklimat yang turut disertai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara.

UtusanTV difahamkan, kesemua kontak rapat beliau termasuk Ku Li diminta kuarantin dan menjalani ujian swab COVID-19.

Pada masa sama, satu ujian saringan beramai-ramai akan dibuat Kementerian Kesihatan di sebuah dewan di Gua Musang esok.

“Buat keluarga, sahabat handai dan kenalan.Hari ini saya nak maklumkan saya dimasukkan ka Hospital Kuala Krai kerana positif COVID-19.

“Saya disahkan positif oleh Hospital KPJ Ampang Puteri satelah saya buat ujian swab pada Khamis 7 Januari, 2021.

“Saya tak pasti saya berjangkit di mana. Kepada semua yang berhubung rapat dengan saya, saya pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan/puan yang terpaksa kena ujian dan mungkin terkena jangkitan.

“Sekali lagi saya pohon jutaan maaf. Kepada Allah saya berserah dan saya pohon doakan kesembuhan saya. Terima kasih,” katanya.

Selain Ab Aziz, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Azmawi Fikri menerusi satu hantaran di Facebook juga memaklumkan beliau positif virus tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This