Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas Sriwijaya Air

Dari Penulis

JAKARTA – Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan, lapor Bernama.

Pesawat yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Ahli keluarga penumpang berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta./ Gambar media sosial

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Srwiwijaya Air antara syarikat penerbangan tambang rendah utama di Indonesia. Gambar hiasan

“Jumlah penumpang adalah 50 orang bersama 12 anak kapal,” kata pegawai Indonesia kepada wartawan, sambil menambah bahawa angka itu termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.

Boeing 737 Sriwijaya Air terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara kira-kira empat minit selepas berlepas dalam perjalanan ke pulau Borneo.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This