Nanas penyebab batuk adalah mitos

Dari Penulis

Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita pernah beranggapan nanas penyebab batuk kerana ia boleh membuatkan tekak dan kerongkong anda berasa gatal.

Mata nanas yang boleh melidaskan lidah juga dikatakan begitu tajam untuk tekak yang sakit dan batuk. 

Sebenarnya ia adalah mitos dan tanggapan itu sebenarnya adalah salah dan nanas sebaliknya baik untuk keadaan itu semua.

Percaya atau tidak, jus nanas 500 peratus lebih baik. Malah ia juga tidak membuatkan anda mengantuk.

Nanas mempunyai enzim bromelin yang menghalang bakteria dan jangkitan radang tenggorok selain kaya dengan vitamin C.

Oleh itu jus nanas boleh membunuh bakteria yang menyebabkan tekak gatal dan kesannya lebih cepat berbanding sirap ubat batuk.

Jus nanas juga mengandungi kadar manganes yang tinggi. Manganes befungsi sebagai penyerap kalsium, metabolisme, karbohidrat dan lemak ke urat-urat saraf.

Sebagai sumber asli yang boleh di dapati dengan harga murah, nanas tidak mengandungi toksin dan berkhasiat sebagai penghalang rasa sejuk dalam badan.

Jom ikuti channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This